23 Dec 2025 – Majlis Pengiktirafan & Penyerahan Sijil QE 5.0 oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh En Mohd Zawawi bin Ramli (Chief Executive Officer) dan disusuli ucapan balas oleh wakil MPC, En Mokhzani Aris Mohd Yusoff (Ketua Nexus Perkhidmatan Profesional & QE5.0).Sesi penyerahan sijil telah disempurnakan oleh En Mokhzani (MPC) kepada En Mohd Zawawi (PCM), disaksikan wakil Pegawai Kanan Pengurusan, wakil Sekretriat MPC, Ketua Jabatan serta Urusetia QE5.0 PCM.Meraikan 50 tahun kecemerlangan industri kabel dan kini PCM mencatat satu lagi pencapaian membanggakan dengan pengiktirafan QE5.0 – 4 BINTANG ! ![]()
![]()
![]()
Penghargaan kepada seluruh warga kerja PCM yang terlibat atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam membudayakan persekitaran kerja berkualiti. Syabas dan tahniah!